PENGALAMAN INTERVIEW IPG 2019 (SPM 2018)

Assalamualaikum and Hi everyone!!

Haritu (25/4/2019) , saya dapat tawaran ke saringan temuduga dan ujian kecergasan fizikal (UKF)!!!
So maksudnya saya lepas ujian bertulis!! bagi saya maknanya saya memang ada sedikit  ciri ciri seoarang guru sikit lah kan. hehehe

Pusat  temuduga tu dekat ipg Kampus Raja Melewar (untuk maklumat rumah saya 10 minit je dari situ hihihi untungkan) so siapa yang duduk jauh mesti bergerak awal.

Tepat pukul 7.30 pendaftaran kemudian semua bergerak ke Balai Ilmu (kalau tak silap nama)

Dekat situ kita akan disusun ikut nombor bilik temuduga dan ahli kumpulan kita (satu kumpulan dalam 6 orang) .Kemudian kita akan isi satu borang yang nama dia PENYATAAN HASRAT ini antara borang yang kita kena print kat rumah . INGAT! JANGAN ISI KAT RUMAH , kalau dah isi kat rumah nanti dia suruh buat balik and kita akan tinggalkan bad impression kat panel temuduga nanti.Selepas sesi tu semua bergerak ke tempat temuduga masing masing.

Waktu temuduga mesti pakai baju yang sepatutnya (baju kurung / baju kemeja) tapi JANGAN LUPA bawa baju sukan untuk ujian fizikal petang , jangan risau boleh tukar kat  tandas atau dekat surau  (rumah saya dekat jadi saya balik rumah)

Masuk dalam bilik temuduga tu duduk ikut susunan nama.Kemudian,panel temuduga tu akan minta semua file temuduga kita (termasuk salinan salinan sijil yang telah disahkan) dan minta kita duduk.

Pertama sekali panel tu akan suruh kita perkenalkan diri masing masing (panel saya minta nama,nickname,tinggal dimana) mungkin perkenalkan diri ini akan berbeza-beza mengikut panel temuduga (panel temuduga ada 3) Tambahan,masa perkenalkan diri tu dia ada tanya benda lain macam my parents job or anything about my personal life)

Kemudian,dia akan tanya pasal kita punya penyataan hasrat tadi yang kita tulis. Bila orang yang dah tulis kat rumah dia kena bawak dua dua termasuk yang dia kena tulis balik masa tu lah panel tu akan tahu dan akan cakap kita tidak mendengar arahan.Apa  yang kita tulis tu sangat main peranan dalam temuduga sebab dia akan tanya dalam lagi.

Sebagai contoh:

saya tulis saya seorang yang memahami dan penyabar,pastu panel tu tanya kenapa penting sikap tu? saya jawab supaya murid berasa selesa, kemudian panel bagi contoh seperti macam mana saya mengajar budak PPKI dan budak buat masalah tiap hari adakah saya masih bersabar?

Sebenarnya banyak lagi tetapi saya tak ingat.Jangan risau panel tu sangat baik dan ramah dia banyak nasihat dan cerita tentang masalah pendidikan di Malaysia.

Kesimpulannya,panel tidak tanya pasal isu semasa, tapi dia ada tanya sedikit tentang tokoh-tokoh di Malaysia . Bagi saya , mesti ambil tahu tentang isu semasa supaya kita bersedia.

PUKUL 2 PETANG - UJIAN FIZIKAL


1.Ambil berat dan tinggi.
2.tekan tubi dalam masa seminit.
3.bangkit tubi 5 variasi (ada cubaan dua kali setiap gaya) contoh:- (https://www.youtube.com/watch?v=BtWHUflXfI0)
4.Jangkauan melunjur (cubaan dua kali)
5.Blip test

Saya nasihatkan buat latihan dulu kat rumah especially blip test sebab yelah cuti spm tak buat apa asyik makan tiba tiba kena berlari hahaha penat gila. Sejujurnya saya tak tahu berapa gaya bangkit tubi dan berapa tekan tubi untuk lepas. Yang saya tahu untuk blip test perempuan 5 lelaki 7. 
Kepada yang rasa dia tak mampu , buat je sebab tak semestinya yang lepas ujian fizikal sahaja dapat masuk dia akan tengok kita punya temuduga juga. 

Lepas sebulan rasanya result keluar dan saya tak dapat dan  rayuan pun tak dapat  , takpelah mungkin bukan rezeki saya dan sebenarnya saya memang kurang minat dengan profesion guru. Buat pengetahuan, Alhamdulillah saya dapat Diploma Pengimejan Perubatan Uitm Puncak Alam!

Untuk semua yang bakal menghadiri temuduga IPG,harap dapat membantu


Good Luck!! <3

 














Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh, terima kasih sebab kongsikan pengalaman. Congrats jugak sebab dapat masuk UiTM !

      Delete

Post a Comment